Friday, 21 December 2012

Rahsia Besar KFC Hanya Diketahui Oleh 2 Orang

Hi semua , nampak tak gambar KFC diatas ? Nampak sedapkan ? Tapi korang tahu kenapa ayam KFC begitu sedap ? Hahhhh , hari ni Aikiel nak cerita tentang RAHSIA BESAR KFC !! Wahh interesting nampak . Resepi yang dicipta oleh pengasas KFC sendiri , tahu siapa ? Dia adalah Colonel Sanders , mesti korang pernah nampak muka dia yang putih2 berjanggut dan beruban tu , mesti korang kenal kan ?

Hanya ada 11 jenis herba dan rempah-ratus untuk menggoreng ayam beliau yang hingga kehari ni yang sangat famous diseluruh dunia , ape yang gempak nya adalah resepi rahsia beliau dikawal dengan amat ketat !! Hanya 2 orang executives yang bekerja disitu sahaja yang menyimpan rahsia tersebut . Salinan resepi asal ditandatangani oleh Colonel Sander sendiri disimpan didalam satu ibu perjabat , bersama-sama dengan 11 herba dan rempah-ratus tersebut . Untuk Menrahsiakan lagi rahsia tersebut , herba dan rempah tersebut telak diletakan di 3 lokasi yang berbeza di Amerika .

Cuma 2 orang executives yang mengetahui resepi lengkap tersebut manakala executive yang ketiga pula menyimpan code rahsia peti besi di mana resepi itu disimpan , tidak ramai perkerja KFC yang kenal tentang 3 orang exectives tersebut , ketiga-tiga executives tersebut tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang or kereta yang sama untuk tujuan keselamatan . Itu belum cukup ketat lagi , untuk menambah keselamatan lagi , resepi tersebut disimpan didalam ibu perjabat yang kawalan keselamatanya seperti bank-bank terkemuka dunia .

Untuk tambah lagi keselamatan !! KFC telah mengupah Bo Dietl , seorang pakar penyiasatan yang pernah bekerja untuk Donald Trump , Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjada resepi tersebut . Menurut beliau:

"Kami memperkukuhkan siling dan lantai ibu perjabat ini dengan batu-bata konkrit setebal 2 kaki , kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambung pada bahagian keselamatan . Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berkawal selama 24 jam di tingkat bawah , jadi dalam masa 30 saat jika terjadi apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut . Untuk masuk , anda memerlukan dua orang yang memegang kunci dan dua nombor pin yang berbeza . Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada siapa yang masuk lepas masuk tanpa pengetahuan kami .

No comments:

Post a Comment